Salam,
Noorim07, masalah spammers adalah masalah biasa semua forum sama ada mereka menggunakan SMF atau selainnya. Cara terbaik mengekang masalah ini ialah dengan membaca nasihat2 di forum SMF ini atau di mana2 forum yang lain.
Antara nasihat yang dicadangkan ialah dengan mengawal sendiri kemasukan pengguna forum anda. Ini, bagaimanapun akan memenatkan anda sendiri.
Cara yang termudah ialah dengan menggunakan email pengaktifan dan soalan mudah bagi mengelak robot mendaftar dan menspam forum anda. Letakkan sekurang2nya dua soalan mudah seperti air laut rasanya? masin. 15-11? 4. Ini sahaja sudah cukup untuk mengekang pendaftaran spammers dan robot.
Pun begitu, kaedah yang saya nyatakan sedia ada dalam SMF 2.0. Saya kurang pasti sama ada ia tersedia dalam SMF 1.1