SMF Support > Bahasa Melayu (Malay)
Kenapa Malaysian Tak Minat SMF
qubbah:
Ni nak tanya kenapa orang Malaysia tak minat SMF?
ahrasis:
Ramai yang guna VB sebab percaya VB lebih stabil. Bagaimanapun kepercayaan ini tiada asasnya sebab kebanyakan forumer Malaysia yang menggunakan VB menggunakan perisian VB yang tidak berlesen kecuali beberapa forum besar.
Sebenarnya SMF adalah antara perisian forum terbaik yang mempunyai kelebihan yang setanding dengan VB atau mana-mana forum berbayar atau percuma yang lain.
Antara sebab lain pengguna Malaysia tidak menggunakan SMF ialah kerana salah faham maksud lesen SMF. Lesen SMF adalah percuma tetapi ia berbeza dengan lesen GPL. Ada kemungkinan besar lesen SMF akan diubah kepada jenis BSD dalam masa yang akan datang terutama apabila versi SMF mencapai 2.0 Gold tidak lama lagi. Sekiranya ini berlaku, SMF sudah boleh dikira termasuk dalam kategori Open Source (tapi belum lagi buat masa ini).
digolbot:
satu lagi, mungkin ramai yang tak mengenali SMF ni rasanya.. Kebanyakannya prefer VB dan IPB.. my personal opinion, saya prefer SMF kerana advantage yang paling saya suka ialah percuma dan mod friendly..
ahrasis:
Sebenarnya ramai di Malaysia yang sudah menggunakan software SMF ni. VB & IPB adalah daripada syarikat yang sama software ni pengguna dah biasa sangat gunakan di Malaysia sebab itu kebanyakan pemilik forum berat hati nak berubah atau bertukar kepada software forum yang lain. Takut pengguna berubah hati atau kurang minat.
Akan datang XenForo akan menjadi software forum yang setanding dengan VB dan IPB kerana ciri2 yang lebih menarik. SMF kurang minat bergerak ke arah ciri2 luaran dan lebih kepada menumpukan kekemasan ciri2 dalam menyebabkan SMF agak ketinggalan dalam hal pertandingan ini.
Insya Allah, beberapa pereka theme (themers) dan pengubahsuai (modders) sedang bergerak menuju ke arah ciri2 luaran untuk SMF. Cuma buat masa, masing2 banyak mengambil sikap tunggu dan lihat arah hala tuju Team Rasmi SMF dan penghasilan SMF 2.0 Gold sebelum meneruskan projek pembangunan tema dan ubasuai masing2.
iMp7:
lol baru ja lpas uji xenforo beta kat komputer tema dia mmg cantek, tp xka dia gna byk resource ??tgk bnyk gna ajax.
saya masih 'prefer' smf sbb senang na mod ble jgak blaja skit2 pasal php/javascript.
pada pendapat saya pengguna kat malaysia msih ramai yg xkenal smf...lbeh tepat lg xkenal software forum langsung,mereka hanya kenal forum software yg popular ja mcm vb/ipb
p/s
byk yg tau register kat dlm forum yg diarang minat ja
Navigation
[0] Message Index
[#] Next page
Go to full version