Simple Machines Community Forum

SMF Support => Language Specific Support => Bahasa Melayu (Malay) => Topic started by: waruna on September 27, 2010, 09:47:08 AM

Title: UPGRADE RC2 KE RC3
Post by: waruna on September 27, 2010, 09:47:08 AM
Salam..

ada sesiapa boleh tolong tak macamana nak upgrade package dari RC2 kepada RC3? seriusly blur :(
Title: Re: UPGRADE RC2 KE RC3
Post by: Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail on September 27, 2010, 04:17:47 PM
Salam Waruna.

Ada dua cara yang biasa digunakan untuk kemaskini atau upgrade SMF daripada RC2 ke RC3.

Cara pertama ialah masuk ke laman pengurusan / Admin Page di forum. Di sebelah versi forum  biasanya terdapat butang untuk kemaskini atau upgrade. Gunakan butang tersebut untuk mengemaskini forum daripada RC2 ke RC3.

Cara kedua ialah gunakan pakej Small Update (boleh dimuatturun daripada laman SMF - bahagian Download di http://download.simplemachines.org/). Kalau ada akses ke file manager melalui cpanel, terus muatnaikkan pakej tersebut ke tapak (root) forum tanpa perlu dinyahpadatkan terlebih dahulu. Bila dah muatnaik, nyahpadatkan pakej tadi di tapak (root) forum. Ini menggantikan fail-fail asas forum kepada RC3.

Sebaliknya, sekiranya FTP digunakan, bolehlah nyahpadatkan pakej tadi di PC sebelum memuatnaikkannya ke tapak forum melalui FTP. Pastikan semua fail yang baru menggantikan fail-fail yang lama.

Seterusnya buka url forum anda seperti berikut:

http://urlforumanda/upgrade.php

Ikut setiap langkah dalam arahan. (Ia lebih kurang sama seperti ketika anda mula memasang SMF).

Kalau ada sebarang masalah atau kurang faham, sila bertanya lagi di sini.

Selamat mencuba.