Salam Ramadhan & Syawal 1435 Hijrah

Started by Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail, July 15, 2014, 09:37:59 PM

Previous topic - Next topic

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Salam buat semua pengguna SMF.

Ramadhan semakin sampai ke penghujungnya di mana malam ini di beberapa negara akan memulakan sambutan 10 malam terakhir.
Padanya terdapat satu malam yang penuh rahmat dan keberkatan ini adalah lebih baik daripada seribu bulan. Maka seelok2nyalah sepanjang 10 malam itu kita mengisi dengan amalan2 soleh sebagaimana yang dipernah diajarkan dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Jangan dilupa juga bahawa selain doa dan amal ibadah berganda pada malam lailatul qadar, terdapat juga kelebihan istimewa pada malam 1 Syawal. Kebanyakan umat Islam pada ketika itu biasanya sangat sibuk dengan urusan perayaan sehingga terlupa kepada beramal ibadah dan memperbanyakkan doa.

Selain itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita menunaikan rukun ketiga Islam dengan menunaikan zakat fitrah sebelum berakhirnya 1 Syawal. Bagaimanapun, adalah sangat disarankan supaya umat Islam mengambil kesempatan menunaikannya seawal mungkin (seawal 1 Ramadhan) bagi mempermudahkan pengagihan zakat tersebut kepada para asnaf yang layak.

Perlu diingat bahawa zakat fitrah hanya merupakan sebahagian daripada zakat2 yang wajib ditunaikan seperti zakat perniagaan, harta, ternakan, pertanian dan sebagainya. Menunaikan kesemua zakat ini adalah wajib bagi setiap umat Islam yang mampu dan cukup jumlah dan haul hartanya.

Semoga dengan menunaikan zakat, kita akan lebih insaf dan prihatin terhadap keadaan dan nasib umat Islam yang susah dan menderita di serata dunia sama ada mereka faqir, miskin, dizalimi atau ditindas. Kita sama2 mendoakan kebaikan, kebahagian, keselamatan dan kejayaan hidup semua umat Islam di dunia dan di akhirat.

Salam sahabat,

Abu Fahim Ismail Al Haj
18 Ramadhan 1435 Hijrah
16 Julai 2014 Masihi

tedung

Selamat Hari Raya saya ucapkan buat semua

Advertisement: