Simple Machines Community Forum

SMF Support => Language Specific Support => Bahasa Melayu (Malay) => Topic started by: digolbot on November 09, 2010, 08:59:50 AM

Title: Upgrade dari 1.1.11 ke version atas atau version 2.0
Post by: digolbot on November 09, 2010, 08:59:50 AM
Salam..

Mintak bantuan, memandangkan saya menggunakan SMF version 1.1.11, rasanya ada keperluan untuk upgrade version terkini.

1) Jadi mintak bantuan bagaimana cara untuk melakukanya..
2) Bagaimana dengan mod/plugin yang saya telah install pada version yang lama?

Terima kasih..
Title: Re: Upgrade dari 1.1.11 ke version atas atau version 2.0
Post by: Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail on November 14, 2010, 09:47:08 AM
Saya nasihatkan hanya kemaskinikan versi daripada 1.1.11 ke 1.1.12 kerana versi 2.0 belum lagi sempurna atau stabil untuk digunakan secara terbuka / meluas. Versi 2.0 masih lagi di peringkat RC (Release Candidate atau Pencalonan). Tetapi ada kemungkinan besar versi 2.0 RC4 sekarang ini akan digunapakai terus sebagai versi 2.0 Final Release atau Muktamad sekiranya tiada pepijat yang besar dan merbahaya dilaporkan.

Anda boleh gunakan pakej kemaskini biasa (small update bukan large upgrade) untuk mengemaskinikan versi forum semasa anda.

Nota: Kemaskini 1.1.11 ke 1.1.12 adalah penting kerana ia adalah kemaskini sekuriti perisian forum.
Title: Re: Upgrade dari 1.1.11 ke version atas atau version 2.0
Post by: digolbot on November 15, 2010, 10:17:46 AM
noted bro..

kalau version 2.0 full dah keluar, saya akan hantar balik soalan. Hehehe
Title: Re: Upgrade dari 1.1.11 ke version atas atau version 2.0
Post by: Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail on November 15, 2010, 02:06:34 PM
Boleh. Bila-bila masa saja. Insya Allah saya akan cuba bantu.