Simple Machines Community Forum

SMF Support => Language Specific Support => Bahasa Melayu (Malay) => Topic started by: Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail on December 30, 2010, 06:15:37 AM

Title: Masalah Terjemahan Bahasa Melayu 1.1.x
Post by: Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail on December 30, 2010, 06:15:37 AM
Salam kepada semua pengguna Bahasa Melayu,

Harap maklum bahawa selepas beberapa laporan daripada para pengguna Bahasa Melayu, saya menasihatkan supaya anda semua tidak menggunakan terjemahan Bahasa Melayu untuk SMF 1.1.x. Ini adalah kerana fail bahasa Melayu ini akan menyebabkan banyak error. Punca utama ialah penterjemahan untuk cawangan SMF 1.1.x dijalankan secara automatik iaitu secara sinkronasi dan bukan secara manual seperti SMF 2.0 RCx.

Terjemahan Bahasa Melayu SMF 2.0 RCx bagaimanapun masih selamat digunakan dan para pengguna boleh mendapatkan bantuan terus di sini sekiranya terdapat error yang berpunca daripada fail bahasa cawangan SMF 2.0 RCx. Selaku penterjemah tunggal / utama cawangan ini, saya akan memastikan SMF 2.0 RCx dan seterusnya akan beroperasi dengan baik dan selamat.

Bagaimanapun, saya tidak dapat memastikan / menyemak terjemahan Bahasa Melayu cawangan SMF 1.1.x kerana ketiadaan masa.

Sesiapa yang berminat membantu memperbaiki boleh menghubungi saya atau bahagian penterjemahan (internationalization). Nama anda akan dimasukkan ke dalam senarai penterjemah setelah sumbangan anda mencecah 20% kepada penterjemahan.

Harap maklum!

EDITED: Ada percubaan mengatasi masalah ini. Fail terkini sudah dimuatkan di bahagian muat turun. Bagaimanapun sekiranya masih ada error, dapatkan fail daripada sini: http://www.simplemachines.org/community/index.php?topic=413980.msg2900834#msg2900834