Simple Machines Community Forum

SMF Support => Language Specific Support => Bahasa Melayu (Malay) => Topic started by: waris on September 29, 2012, 06:38:50 AM

Title: Pertolongan di perlu.
Post by: waris on September 29, 2012, 06:38:50 AM
Saya telah setup forum saya mengguna SMF. Saya telah dapat mengubahsuaikan header forum
tetapi, saya tak dapat mengubahsuaikan perkara ini:

(http://www.bumiweb.com/images/Core-Balanced-%28remove_texts_%26_search_box%29.jpg)

Saya hendak hilanngkan (remove) text-text yang di dalam lasoo merah di dalam gambar.

Saya hanya hendak simpan  salutation "Hey Waris" kepada "Hello Waris". Oleh kerana saya tidak fasa dengan html, saya tidak berani hendak editkan Css atau language pack.

ada siapa boleh menolong?

Terima kaseh terdahulu.
Title: Re: Pertolongan di perlu.
Post by: Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail on September 30, 2012, 02:16:40 AM
Maaf waris. Saya tak ingat link awak untuk membuat semakan terus ke laman awak. Apa yang awak hendak buang ada dalam index.template.php. Lihat daripada code: <div id="upper_section" ke bawah.

Mengenai saluation "Hey" Kepada "Hello" cuba cari dalam index.english.php. Gunakan editor yang baik seperti UltraEdit atau sekurang2nya Notepad++ untuk membuat carian dan menggantikan perkataan dengan efektif.
Title: Re: Pertolongan di perlu.
Post by: waris on September 30, 2012, 02:28:01 AM
Url forum siapamoyanganda.

http://www.forum.siapamoyanganda.com (http://www.forum.siapamoyanganda.com)
Title: Re: Pertolongan di perlu.
Post by: Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail on September 30, 2012, 02:49:03 AM
1. Saya tak boleh nampak theme yang awak gunakan.

2. Awak perlu buat seperti yang saya nasihatkan di atas.
Title: Re: Pertolongan di perlu.
Post by: waris on October 01, 2012, 02:46:13 AM
Nama tema ialah http://custom.simplemachines.org/themes/index.php?action=search;basic_search=balanced (http://custom.simplemachines.org/themes/index.php?action=search;basic_search=balanced)
Title: Re: Pertolongan di perlu.
Post by: Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail on October 01, 2012, 04:35:37 AM
Awak kena guna pakai tema tu di laman awak untuk membolehkan saya menyemak dan membantu awak mengubahsuai.
Title: Re: Pertolongan di perlu.
Post by: waris on October 08, 2012, 01:00:17 AM
Salam ahrasis,

Saya memang mengguna thema "balanced" di "forum.siapamoyanganda.com" saya.

Sila daftar sebagai pengguna dan saya akan memberi anda  "all permission".

wasallam,

waris.
Title: Re: Pertolongan di perlu.
Post by: Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail on October 08, 2012, 01:06:29 AM
Tema forum awak nampak default jer pada saya. Tapi tak apa, saya akan daftar sekarang sebagai ahrasis.
Title: Re: Pertolongan di perlu.
Post by: waris on October 08, 2012, 01:20:34 AM
Quote from: ahrasis on October 08, 2012, 01:06:29 AM
Tema forum awak nampak default jer pada saya. Tapi tak apa, saya akan daftar sekarang sebagai ahrasis.


Ia hanya bertukar ke balnced selepas login.
Title: Re: Pertolongan di perlu.
Post by: Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail on October 08, 2012, 01:28:56 AM
Tak jugak. Saya dah login tapi tak ada perubahan. Masih lagi tema default.
Title: Re: Pertolongan di perlu.
Post by: Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail on October 08, 2012, 01:48:12 AM
Tak apa saya dah ke tema tersebut daripada profile. Tapi saya tak boleh baca code dalam index.template.php awak since awak tak bagi saya akses apa2. Andaian saya ialah awak kena buang line bermula daripada <div id="user-greeting"> (termasuk search) sampai ke </div> penutupnya. Pastikan awak backup dan buat dengan betul. Kalau salah, gunakan fail backup.
Title: Re: Pertolongan di perlu.
Post by: waris on October 08, 2012, 01:53:20 AM
Quote from: ahrasis on October 08, 2012, 01:48:12 AM
Tak apa saya dah ke tema tersebut daripada profile. Tapi saya tak boleh baca code dalam index.template.php awak since awak tak bagi saya akses apa2. Andaian saya ialah awak kena buang line bermula daripada <div id="user-greeting"> (termasuk search) sampai ke </div> penutupnya. Pastikan awak backup dan buat dengan betul. Kalau salah, gunakan fail backup.

Salam ahrasis,

Saya ada hantarkan awak email dan pm di Forum.siapamoyanganda.com
Title: Re: Pertolongan di perlu.
Post by: Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail on October 08, 2012, 01:55:47 AM
Awak kena jadikan saya admin supaya saya boleh akses. Awak boleh padamkan akaun saya bila dah selesai nanti. Pergi ke profile saya > Account Settings > Jadikan admin kat situ.
Title: Re: Pertolongan di perlu.
Post by: waris on October 08, 2012, 02:33:53 AM
Awak sekarang ialah sa orang administrator di forum.siapamoyanganda.com

Waris.
Title: Re: Pertolongan di perlu.
Post by: Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail on October 08, 2012, 03:05:39 AM
Rasanya dah dibuang apa yang awak hendak. Kalau ada apa2 lagi yang diperlukan, bagitau di sini... Boleh buka thread baru kalau awak nak.
Title: Re: Pertolongan di perlu.
Post by: waris on October 08, 2012, 11:40:44 AM
Ribuan terima kaseh ahrasis,

Problem solved.
Title: Re: Pertolongan di perlu.
Post by: Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail on October 08, 2012, 10:43:16 PM
Ok. Noted.