Simple Machines Community Forum

SMF Support => Language Specific Support => Bahasa Melayu (Malay) => Topic started by: ahrasis on October 04, 2014, 06:06:02 AM

Title: Salam Aidil Adha 1435 Hijrah!
Post by: ahrasis on October 04, 2014, 06:06:02 AM
Salam buat semua.

Sempena perayaan Aidil Adha sedang dan bakal semua umat Islam di seluruh dunia hari ini dan esok mengikut ketetapan pemerintah masing2. Kemudian, kita bakal menyaksikan ibadah korban yang pelbagai sehinggalah berakhirnya hari2 tasyrik.

Di kesempatan ini, saya selaku moderator ruangan bahasa Melayu sekali lagi ingin memohon maaf zahir dan batin daripada semua yang mengenali diri ini; semoga dengan kita semua saling maaf-memaafi di antara satu sama lain kita semua akan dapat hidup dengan lebih aman dan bahagia.

Yang benar,

Ahmad Rasyid bin Ismail
a.k.a. ahrasis / Abu Fahim