Pretty URLs

Started by digolbot, October 31, 2010, 08:44:50 AM

Previous topic - Next topic

digolbot

Salam bro..

mintak tolong. saya dah upload mod ni http://custom.simplemachines.org/mods/index.php?mod=636 (Pretty URLs)

Lepas bila nk apply mod, dia ada error lak..

1. Execute Modification ./index.php Test successful
2. Execute Modification ./SSI.php Test successful
3. Execute Modification ./Sources/Admin.php Test successful
4. Execute Modification ./Sources/ManageErrors.php Test successful
5. Execute Modification ./Sources/ModSettings.php Test successful
6. Execute Modification ./Sources/News.php Test successful
7. Execute Modification ./Sources/QueryString.php Test successful
8. Execute Modification ./Sources/Security.php Test successful
9. Execute Modification ./Sources/Subs.php Test failed
10. Execute Modification ./Sources/Subs-Post.php Test successful
11. Execute Modification ./Sources/Display.php Test successful
12. Execute Modification ./Sources/ManageBoards.php Test successful
13. Execute Modification ./Sources/MessageIndex.php Test successful
14. Execute Modification ./Sources/QueryString.php Test successful
15. Execute Modification ./Sources/Subs-Boards.php Test successful
16. Execute Modification ./Themes/default/ManageBoards.template.php Test successful
17. Execute Modification ./Themes/default/languages/Modifications.english.php Test successful
18. Extract File ./Sources/PrettyUrls.php
19. Extract File ./Sources/PrettyUrls-Filters.php
20. Extract File ./Sources/PrettyUrls-Tests.php
21. Extract File ./Sources/Subs-PrettyUrls.php
22. Extract File ./Themes/default/PrettyUrls.template.php
23. Extract Tree ./Themes/default/pretty
24. Extract File ./Themes/default/languages/PrettyUrls.english.php
25. Execute Code SMF1-1/install.php

ni saya letakkan sub tersebut

terima kasih..

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Salam...

Andaian saya, bro dah install cuma fail ni jer belum dapat diubah sebab ada error tadi. Kalau belum install, bro teruskan install dulu walaupun ada error tu. Lepas dah install, gantikan fail Subs.php sedia ada, dengan yang saya lampirkan di sini. Tolong laporkan perkembangan selepas mencuba. Terima kasih.

digolbot

ok bro.. dah install.. tgk macam ok jer.. perlu gak ke ganti sub tu? semalam takut jer nak install, takut error pulak. hehehe.. Btw, kalau saya tukar theme lain, benda ni pun kena tukar gak ke? kalau saya buat backup file tersebut dan paste dekat theme baru takda masalah ke?

terima kasih.

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Kalau install ok (tak ada error). tak perlu ganti fail Subs.php tu. Kalau nak tukar kepada theme lain, hanya fail yang melibatkan template berkenaan sahaja  (dan imej, kalau ada) yang perlu diubah.

digolbot

ok bro.. tima kasih.. nampaknya kena jugak ganti sub tu. kalau tak, dia akan jadi broken link. mula2 ok, bila kita nak 'BACK', broken link. lepas install sub tu, baru ok.. hehehe..

btw bro, suggestion.. Modification untuk letak password kat sesuatu thread/topic. rasanya mod ni bagus dan mod ni ada dekat ipb. rasanya sesuai untuk dibuat kat smf jugak. dah suggest aritu, ada yang berminat, tp terus sunyi.. hehehehe

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Tak ada masalah. Biasanya, semua perubahan wajib yang diperlukan mesti dibuat sebelum sesuatu mod tu boleh berfungsi dengan betul. Kalau tak tengah sedap-sedap kita berforum nanti timbul macam-macam masalah. Lebih-lebih lagi kalau kita tak perasan dan dah banyak mod kita install. Jenuh jugak kalau dah jadi macam tu. Lebih baik pastikan semua perubahan wajib dibuat ke atas semua fail yang berkenaan bagi mengelakkan masalah di masa-masa akan datang.

Seperkara lagi, perlu sangat ke mod tu? Maksud saya, nak letak password bagi sesuatu topik? Bukan tak boleh buat tapi macam lecehlah jugak sebab setiap kali nak baca kena masukkan password. Mungkin yang mula-mula minat nak buat tu ingat benda ni senang, tapi sebenarnya susah sebab mod macam ni melibatkan penciptaan table baru dalam database untuk menyimpan setiap katalaluan bagi setiap topik yang menggunakan katalaluan.

Mod ni juga memerlukan table tersebut dipanggil setiap kali ada pembaca yang hendak membaca untuk memasukkan, mengesahkan dan membenarkan laluan ke topik berkenaan. Nampak macam senang tapi berbelit jugak tu. Mungkin sebab tu dia orang tak buat atau tengah buat dan tengah pening kepala macam mana nak siapkan mod tu, he he he...

Apa pun bagi saya link ke topik yang mintak mod tu. Nanti saya tolong tengokkan kalau ada siapa-siapa yang minat nak buat.

digolbot

Quote from: ahrasis on November 08, 2010, 12:23:21 PM

wahahah.. panjang dan padat explanation bro.. hehehe.. btw, untuk mod ni sesuai untuk sesuatu yang private macam clan. Memandangkan saya buat forum gaming, jadi ada permintaan dari ahli2.. tapi buat masa ni saya buat hidekan sahaja. ahli tertentu sahaja boleh masok. Dah biasa dengan IPB, tu yang ingatkan boleh buat kat SMF.. hehehe.. takpa bro, buat masa ni onhold dulu.. mungkin sesuai dengan cara macam ni kot.. heheh.. takpalah bro, persoalan asal dah terjawab, ada soalan baru. tapi saya nak buat thread baru, nampak lebih tersusun.. heheeh.. thanks bro..

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Beres. Tak ada masalah. Thread baru lagi cantik.

Advertisement: