Kenapa Malaysian Tak Minat SMF

Started by greentooth, November 19, 2010, 07:01:22 AM

Previous topic - Next topic

qubbah

Ni nak tanya kenapa orang Malaysia tak minat SMF?

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Ramai yang guna VB sebab percaya VB lebih stabil. Bagaimanapun kepercayaan ini tiada asasnya sebab kebanyakan forumer Malaysia yang menggunakan VB menggunakan perisian VB yang tidak berlesen kecuali beberapa forum besar.

Sebenarnya SMF adalah antara perisian forum terbaik yang mempunyai kelebihan yang setanding dengan VB atau mana-mana forum berbayar atau percuma yang lain.

Antara sebab lain pengguna Malaysia tidak menggunakan SMF ialah kerana salah faham maksud lesen SMF. Lesen SMF adalah percuma tetapi ia berbeza dengan lesen GPL. Ada kemungkinan besar lesen SMF akan diubah kepada jenis BSD dalam masa yang akan datang terutama apabila versi SMF mencapai 2.0 Gold tidak lama lagi. Sekiranya ini berlaku, SMF sudah boleh dikira termasuk dalam kategori Open Source (tapi belum lagi buat masa ini).

digolbot

satu lagi, mungkin ramai yang tak mengenali SMF ni rasanya.. Kebanyakannya prefer VB dan IPB.. my personal opinion, saya prefer SMF kerana advantage yang paling saya suka ialah percuma dan mod friendly..

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Sebenarnya ramai di Malaysia yang sudah menggunakan software SMF ni. VB & IPB adalah daripada syarikat yang sama software ni pengguna dah biasa sangat gunakan di Malaysia sebab itu kebanyakan pemilik forum berat hati nak berubah atau bertukar kepada software forum yang lain. Takut pengguna berubah hati atau kurang minat.

Akan datang XenForo akan menjadi software forum yang setanding dengan VB dan IPB kerana ciri2 yang lebih menarik. SMF kurang minat bergerak ke arah ciri2 luaran dan lebih kepada menumpukan kekemasan ciri2 dalam menyebabkan SMF agak ketinggalan dalam hal pertandingan ini.

Insya Allah, beberapa pereka theme (themers) dan pengubahsuai (modders) sedang bergerak menuju ke arah ciri2 luaran untuk SMF. Cuma buat masa, masing2 banyak mengambil sikap tunggu dan lihat arah hala tuju Team Rasmi SMF dan penghasilan SMF 2.0 Gold sebelum meneruskan projek pembangunan tema dan ubasuai masing2.

iMp7

lol baru ja lpas uji xenforo beta kat komputer tema dia mmg cantek, tp xka dia gna byk resource ??tgk bnyk gna ajax.
saya masih 'prefer' smf sbb senang na mod ble jgak blaja skit2 pasal php/javascript.
pada pendapat saya pengguna kat malaysia msih ramai yg xkenal smf...lbeh tepat lg xkenal software forum langsung,mereka hanya kenal forum software yg popular ja mcm vb/ipb

p/s
byk yg tau register kat dlm forum yg diarang minat ja

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Nak promote software forum ni tak semudah nak promote software blog sebab kebanyakkan orang Malaysia adalah bloggers. Kalau ada pun forumers, forum-forum di Malaysia lebih kepada VB/phpBB/iPB. Memang banyak lagi yang kena dibuat bagi membolehkan SMF memikat pemilik-pemilik forum di Malaysia. Saya seorang diri tak mampu nak memasarkan software forum SMF ni.

kijang Emas

Bro,

Boleh terangkan "short-form" di atas VB/phpBB/iPB....
Saya budak baru belajar

digolbot

Quote from: kijang Emas on April 20, 2011, 03:01:56 AM
Bro,

Boleh terangkan "short-form" di atas VB/phpBB/iPB....
Saya budak baru belajar

VB/PHPBB/IPB tu adalah sejenis platfrom forum, pesaing SMF juga.. VB atau Vbulletin (berbayar), PHPBB (free) dan IPB = Invision Power Board (berbayar)...

kijang Emas

Quote from: ahrasis on January 19, 2011, 03:04:23 PM
Nak promote software forum ni tak semudah nak promote software blog sebab kebanyakkan orang Malaysia adalah bloggers. Kalau ada pun forumers, forum-forum di Malaysia lebih kepada VB/phpBB/iPB. Memang banyak lagi yang kena dibuat bagi membolehkan SMF memikat pemilik-pemilik forum di Malaysia. Saya seorang diri tak mampu nak memasarkan software forum SMF ni.

Jika mana individu mempunyai domain baru dan ingin menggunakan forum SMF, ada Free nak kena bayar atau percuma?

TechTitan

eh ada rupenyer malaysian yang main smf...

bukan tak boleh promote SMF, tapi ongkos hosting kat malaysia ni mahal... kalau ada setiap hari 100 org user online, dah nak kena pakai vps...

--:: .... ::--
Checkin' SMF from time to time

TechTitan

Quote from: ahrasis on November 19, 2010, 07:07:08 AM
Ramai yang guna VB sebab percaya VB lebih stabil. Bagaimanapun kepercayaan ini tiada asasnya sebab kebanyakan forumer Malaysia yang menggunakan VB menggunakan perisian VB yang tidak berlesen kecuali beberapa forum besar.

Sebenarnya SMF adalah antara perisian forum terbaik yang mempunyai kelebihan yang setanding dengan VB atau mana-mana forum berbayar atau percuma yang lain.

Antara sebab lain pengguna Malaysia tidak menggunakan SMF ialah kerana salah faham maksud lesen SMF. Lesen SMF adalah percuma tetapi ia berbeza dengan lesen GPL. Ada kemungkinan besar lesen SMF akan diubah kepada jenis BSD dalam masa yang akan datang terutama apabila versi SMF mencapai 2.0 Gold tidak lama lagi. Sekiranya ini berlaku, SMF sudah boleh dikira termasuk dalam kategori Open Source (tapi belum lagi buat masa ini).

SMF ni dah memang open source, cuma lesen yg sedia ada tidak membenarkan re-distribution tu jer... basically ini politik GPL
--:: .... ::--
Checkin' SMF from time to time

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Saya ada plan nak buat community SMF Malaysia, minat nak join. Kita perlukan administrator dan moderator yang berpengalaman...

TechTitan

Quote from: ahrasis on April 20, 2011, 11:13:21 PM
Saya ada plan nak buat community SMF Malaysia, minat nak join. Kita perlukan administrator dan moderator yang berpengalaman...

if you got the time and energy, just do it...

btw, i'm happy to know ada malaysian yg submitted mods for SMF...
--:: .... ::--
Checkin' SMF from time to time

kijang Emas

Quote from: TechTitan on April 20, 2011, 11:08:41 PM
eh ada rupenyer malaysian yang main smf...

bukan tak boleh promote SMF, tapi ongkos hosting kat malaysia ni mahal... kalau ada setiap hari 100 org user online, dah nak kena pakai vps...

Bro,

Kalau setiap hari ada 100 user online, apa yg perlu kena buat? upgrade package hosting ke?

TechTitan

Basic hosting normally boleh handle up to 30 concurrent online user (online serentak).... itu pun kadang2 ada page atau image yg tak keluar.... SMF ni walaupun bagus, tapi cara software dia berfungsi memerlukan resource yg agak tinggi...
kalau userbase kita ramai, dan yg online serentak pun ramai, memang kena upgrade hosting package kepada vps, semi-dedicated atau lebih baik full dedicated server...
--:: .... ::--
Checkin' SMF from time to time

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Setiap hari ada 100 user? Biasa jer tu...

theyunus


malayo

sekarang sudah ada beberapa forum yang menggunakan smf di malaysia

http://malaysianbikers.com.my/forum/ [nofollow]
http://www.eidamanbikers.com/forum/ [nofollow]

dan juga forum saya sendiri yang gunanya hanya untuk laman percubaan
http://umarzuki.org/forum [nofollow]

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Sebenarnya ramai yang tak tahu bahawa SMF forum boleh tingkatkan ranks/rating dan SEO laman web masing2. Itu sebab ramai yang tak minat guna SMF forum. SMF forum pada masa yang sama boleh gantikan comment dengan lebih baik. Buat masa ni saya tak aktif di sini. Kalau sesiapa ada masalah boleh contact saya direct ke emel saya di ahrasis[at]gmail.com. Sesiapa nak ganti saya boleh mohon sendiri dengan SMF. Kalau nak saya tolong rekomen, bagitau.

qubbah

keluar topik sikit... nak tanya tentang modification... dulu saya pernah install pakej facebook yang auto send new topic ke facebook.. harap dapat ingatkan saya mod apa? tq

Advertisement: