OP tu ialah ringkasan kepada Opening Post. Error log tu saya dah tengok dan dapati bahawa ia berpunca daripada fail bahasa Melayu. Untuk makluman fail bahasa Melayu untuk versi 1.1.x tidaklah sempurna penterjemahannya dan boleh mendatangkan masalah error yang banyak. Ini adalah kerana ia dibuat secara synchronize (automatik) dengan SMF 2.0 RCx dan bukan secara manual. Justeru saya secara peribadi tidak menggalakkan penggunaannya untuk SMF 1.1.x.
Bagaimanapun untuk versi SMF 2.0 RCx, saya bertanggungjawab memastikan penterjemahannya tidak mendatangkan sebarang masalah kerana saya merupakan penterjemah utama (tunggal) untuk versi ini. Sekiranya saya ada masa, saya akan cuba menyemak versi bahasa untuk SMF 1.1.x (saya tak boleh janji yang ni).
Buat masa ini, elakkan menggunakan bahasa Melayu. Saya akan cuba set forum awak kepada Bahasa Inggeris (English) dan lihat sekiranya masalah ini hilang.
EDIT: Selepas mengubah kepada English, forum awak berjalan dengan tiada masalah. Kekalkan ini buat sementara waktu sehingga masalah fail Bahasa Melayu untuk SMF 1.1.x diselesaikan. Saya akan maklumkan kepada bahagian bahasa mengenai masalah ini dan menahan semua muatturun Bahasa Melayu daripada server bagi mengelakkan penguna lain menghadapai masalah yang sama.