News:

Want to get involved in developing SMF, then why not lend a hand on our github!

Main Menu

error log bertimbun

Started by noorim07, December 19, 2010, 11:13:02 PM

Previous topic - Next topic

noorim07

../smforum/index.php?action=viewErrorLog;desc;filter=session;value=16260cb08b352f3ff80ef3772e641381
Apply Filter: Only show the errors with the same message
Tidak boleh mengambil fail bahasa 'ThemeStrings.malay-utf8'.
   
Apply Filter: Only show the error messages of this member admin    Today at 12:01:25
Apply Filter: Only show the error messages of this IP address 60.50.101.67      Apply Filter: Only show the error messages of this session 16260cb08b352f3ff80ef3772e641381
Apply Filter: Only show the error messages of this URL ../smforum/index.php?action=viewErrorLog;desc;filter=session;value=16260cb08b352f3ff80ef3772e641381
Apply Filter: Only show the errors with the same message
8: Undefined index: account
..smforum/Themes/default/Errors.template.php (main_above sub template - eval?)
Line: 606
   
Apply Filter: Only show the error messages of this member admin    Today at 12:01:25
Apply Filter: Only show the error messages of this IP address 60.50.101.67      Apply Filter: Only show the error messages of this session 16260cb08b352f3ff80ef3772e641381
Apply Filter: Only show the error messages of this URL ../smforum/index.php?action=viewErrorLog;desc;filter=session;value=16260cb08b352f3ff80ef3772e641381
Apply Filter: Only show the errors with the same message
8: Undefined index: layout
File: ..l/smforum/Themes/default/Errors.template.php (main_above sub template - eval?)
Line: 605
   
Apply Filter: Only show the error messages of this member admin

boleh bantu saya? saya guna tema Omega dgn guna bahasa melayu....error log saya bertimbun sampaikan senak server...saya tak dapat nak kenalpasti error, harap dapat bantuan. tk

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Boleh... Tak ada masalah... senaraikan semua mod yang ada... kalau boleh lampirkan fail log error tu... Kalau besar sangat dan tak boleh dilampirkan, buat macam kat OP tadi, senaraikan error2 utama sahaja. Nanti saya cuba tengokkan... So far macam ada error kat fail ni: Errors.template.php

Kalau tak ada mod yang ubah fail ni, gantikan fail ni dengan fail asal (default) daripada fail instalasi.

noorim07

mcmne nak lampir fail error log tu? ....OP tu apa?

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

#3
OP tu ialah ringkasan kepada Opening Post. Error log tu saya dah tengok dan dapati bahawa ia berpunca daripada fail bahasa Melayu. Untuk makluman fail bahasa Melayu untuk versi 1.1.x tidaklah sempurna penterjemahannya dan boleh mendatangkan masalah error yang banyak. Ini adalah kerana ia dibuat secara synchronize (automatik) dengan SMF 2.0 RCx dan bukan secara manual. Justeru saya secara peribadi tidak menggalakkan penggunaannya untuk SMF 1.1.x.

Bagaimanapun untuk versi SMF 2.0 RCx, saya bertanggungjawab memastikan penterjemahannya tidak mendatangkan sebarang masalah kerana saya merupakan penterjemah utama (tunggal) untuk versi ini. Sekiranya saya ada masa, saya akan cuba menyemak versi bahasa untuk SMF 1.1.x (saya tak boleh janji yang ni).

Buat masa ini, elakkan menggunakan bahasa Melayu. Saya akan cuba set  forum awak kepada Bahasa Inggeris (English) dan lihat sekiranya masalah ini hilang.

EDIT: Selepas mengubah kepada English, forum awak berjalan dengan tiada masalah. Kekalkan ini buat sementara waktu sehingga masalah fail Bahasa Melayu untuk SMF 1.1.x diselesaikan. Saya akan maklumkan kepada bahagian bahasa mengenai masalah ini dan menahan semua muatturun Bahasa Melayu daripada server bagi mengelakkan penguna lain menghadapai masalah yang sama.

noorim07

tqvm....bagitau sikit apa dibuat menu ada dropdown....sebelum ni tak da..

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Ada beberapa string dalam terjemahan Bahasa Melayu untuk SMF 1.1.x yang bermasalah. Jadi menu dan beberapa masalah tidak dapat dipaparkan. Saya dah sarankan ke bahagian bahasa (internationalization) untuk menarik balik terjemahan Bahasa Melayu SMF 1.1.x kerana masalah-masalah yang timbul.

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Ada beberapa mod yang mungkin bermasalah dalam forum awak. Terutama yang berkaitan login, registration dan boardindex. Cuba semak mod yang awak gunakan.

Kedua, mungkin ada masalah string dalam fail theme awak (Omega). Nanti saya siasat kemudian. Agak sibuk sikit buat masa ni.

Ketiga, masalah Bahasa Melayu sedang cuba diatasi oleh team SMF. Ada beberapa baris yang menyebabkan errors sedang diperbetulkan. Errors berpunca daripada pengambilan terus terjemahan daripada 2.0 RCx ke 1.1.x yang mana kodnya adalah sedikit berbeza.

Saya akan update bila ada kelapangan.

Buat sementara waktu kekalkan bahasa default forum kepada Bahasa Inggeris. Untuk pengguna menggunakan Bahasa Melayu, mereka boleh mengubahnya dalam profil masing-masing. Ini akan menghilangkan masalah menu buat sementara waktu sehingga Bahasa Melayu untuk SMF 1.1.x diperbetulkan.

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail


noorim07

ok maaf nak tanya...link tu bila saya klik it goes blank. cmne nak buat?

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Link yang saya bagi ialah link donwload. Sepatutnya bila klil dia akan pop up dan tanya nak download fail tu atau tidak. Gunakan firefox kalau nak mudah. Kalau guna internet explorer kena klik line kuning pada browser untuk bagi kebenaran download. Kalau tak dapat download juga, bagi tau saya.

noorim07

memang guna FF...masalah masih sama. tk

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Saya reupload semula di sini. Cuba muatturun sekali lagi.

noorim07

dah boleh dl...pehtu nak uplod to which file. perinci sikit bab ni sbb saya tak cekap IT

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Fail2 Bahasa Melayu tu upload dan extract di dalam folder language: http://ezbajukurung.com/smforum/Themes/default/languages/

Fail ThemeStrings.malay-utf8.php tu upload ke http://ezbajukurung.com/smforum/Themes/omega/languages/

Nanti update kat sini bila dah sudah ok? Kami nak periksa sama ada masalah error tu dah hilang atau tidak.

noorim07


Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Maaf saya kurang sihat kebelakangan ni disebabkan perubahan "extreme" cuaca di sini. Nanti saya periksa laman forum awak dan pastikan sama ada masalah errot tu masih ada lagi atau sudah diselesaikan.

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Quote from: noorim07 on January 07, 2011, 09:53:24 AM
sudah uplod......
Maaf, kami dah selesai semak forum awak tapi masalah error tu masih ada. Tolong re-upload semua semua fail2 bahasa Melayu ke folder yang telah dinyatakan. Pastikan semua fail2 tu memadamkan dan menggantikan fail2 bahasa Melayu sedia ada. Jalan termudah ialah memadamkan semua fail2 bahasa melayu terlebih dahulu dan memuatnaikkan fail2 yang baru.

noorim07

o..o...saya dah lupa fail2nya....u mean fail dalam folder language tu ke?

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Ya. Fail-fail dalam language folder.

Biasanya dalam Themes/default/languages/

Guna fail-fail yang dilampirkan hari tu ya (kat sini: http://www.simplemachines.org/community/index.php?topic=413980.msg2900834#msg2900834)

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Selepas menukarkan bahasa forum awak ke English, saya dapati masalah awak masih kekal dan log error berterusan tanpa henti. Menukarkan bahasa forum awak ke Melayu akan hanya menokok masalah tersebut.

Buat masa ini saya tidak lagi membantu sebagai Support Team Apprentice, jadi saya sarankan awak membuka satu topik di bawah Support for 1.x bagi mendapatkan bantuan lanjut.

Advertisement: