reinstall smf

Started by noorim07, October 05, 2011, 08:50:51 AM

Previous topic - Next topic

noorim07

saya pernah guna forum smf tetiba tak boleh akses...hari2 kena buang pendatang yg tak berkenaan dgn tujuan forum saya...kebanyakan ip dari rusia..mereka ini menempel post yg kita tak suka...sudah dibuat ban tapi ramai pulak yg tinggalkan jejak dgn iklan ubat2an...

kenapa ban tak efektif? bagaimana nak elak mereka link ke site kita?

walaupun forum tu dah jadi sejarah moga yg baru ni kita ambil precaution....

bagaimana nak masukkan language bm eh...sebab dlm theme tu dah ada language english?

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Salam,

Noorim07, masalah spammers adalah masalah biasa semua forum sama ada mereka menggunakan SMF atau selainnya. Cara terbaik mengekang masalah ini ialah dengan membaca nasihat2 di forum SMF ini atau di mana2 forum yang lain.

Antara nasihat yang dicadangkan ialah dengan mengawal sendiri kemasukan pengguna forum anda. Ini, bagaimanapun akan memenatkan anda sendiri.

Cara yang termudah ialah dengan menggunakan email pengaktifan dan soalan mudah bagi mengelak robot mendaftar dan menspam forum anda. Letakkan sekurang2nya dua soalan mudah seperti air laut rasanya? masin. 15-11? 4. Ini sahaja sudah cukup untuk mengekang pendaftaran spammers dan robot.

Pun begitu, kaedah yang saya nyatakan sedia ada dalam SMF 2.0. Saya kurang pasti sama ada ia tersedia dalam SMF 1.1

Advertisement: