Bahasa Melayu Sudah Tersedia Sebagai Pilihan Di SimpleMachines.Org

Started by Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail, January 22, 2013, 10:33:51 AM

Previous topic - Next topic

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Perkara ini (ketiadaan bahasa Melayu sebagai pilihan di SimpleMachines.Org) pernah ditanya kepada saya oleh ahli di sini lebih kurang lima bulan yang lalu dan saya telah memajukan pertanyaan dan membuat permintaan kepada Tim Penyesuai Tempatan. Bagaimanapun sehingga ke hari ini, permintaan tersebut telah tidak dapat atau masih belum ditunaikan atas alasan ketiadaan ahli Tim Penyelenggara Laman.

Justeru, saya memohon maaf kepada semua pengguna Bahasa Melayu untuk perisian forum SMF kerana anda semua masih belum lagi dapat menggunakan bahasa Melayu.

Berkemungkinan besar sasaran menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pilihan di sini mungkin tidak akan dapat dicapai dalam masa terdekat baik lima ke enam bulan atau lebih lama lagi (boleh jadi akan lebih lama dan melampaui tahun :P ).

Saya telah mengesyorkan dan akan melaksanakan satu projek Menempa SMF ke bahasa Melayu yang dikenali sebagai PerForM atau Perisian Forum Melayu/Malaysia tidak lama lagi sebagai menyatakan bantahan kepada semua pihak yang berkenaan.

Saya juga sedang mengumpulkan semua yang berminat dengan projek Menempa SMF ini untuk berhubung terus dengan saya di ahrasis[at]gmail.com bagi membincangkan dan/atau menyertai projek ini.

Saya menjangkakan pelancaran terbuka projek ini pada 8 Mac 2013.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,
Ahmad Rasyid Ismail

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Topik ini telah saya ubah tajuknya memandangkan Bahasa Melayu sudah tersedia sebagai bahasa pilihan di sini.

Insya Allah, terjemahan Bahasa Melayu yang sedia ada akan dikemaskinikan. Kerja-kerja mengemaskinikannya akan dilaksanakan selepas hari raya puasa.

Penterjemah baru dan pengguna Bahasa Melayu bagi forum SMF mereka, masing-masing dialu-alukan memberikan pandangan dan teguran untuk penambahbaikan terjemahan sedia ada.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,
Ahmad Rasyid Ismail

Advertisement: