News:

Bored?  Looking to kill some time?  Want to chat with other SMF users?  Join us in IRC chat or Discord

Main Menu

MENCARI PENGGANTI

Started by Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail, October 09, 2011, 12:14:25 AM

Previous topic - Next topic

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Salam,

Saya hendak berehat daripada menjadi penterjemah dan moderator Bahasa Melayu di Simple Machines ini. Justeru, saya mencari pengganti saya d sini. Semua kerja di sini adalah sukarela. Sesiapa yang berminat bolehlah memohon. Syarat-syaratnya: Warganegara Malaysia dan berbahasa Melayu dan Inggeris dengan fasih.

Wassalam.

Ahmad Rasyid Ismail a.k.a. ahrasis

Robert.

Sorry to talk English here, but I'm almost sure it's better than using Google Translate. It's sad to see you go ahrasis, thanks for everything and good luck with your further projects. I hope you come back soon,

Regards,
Dr. Deejay

bujuk

insyallah sy boleh membantu.  pm sy apa yg perlu dilakukan.

the least i can do for the smf community.

Azman

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

bujuk, if you are truly interested, you can email me at ahrasis[at]gmail.com. I will explain to you further. I have been busy lately and rarely come visiting SMF these days.

bujuk


Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Saya masih lagi mencari pengganti yang mampu aktif dalam terjemahan dan menyokong pengguna SMF dalam bahasa Melayu. Lebih baik lagi jika mahir dan boleh membantu dalam bahasa Inggeris.

Buat masa ini, saya bertanggungjawab untuk membuat laporan keaktifan semua penterjemah dan mendapati bahawa boleh dikatakan tiada yang aktif melainkan saya seorang. Justeru, saya berharap agar semua penterjemah dapat kembali aktif.

Saya akan memastikan semua penterjemah yang aktif dan ahli yang aktif membantu terutama dalam bahasa Melayu akan mendapat lencana penterjemah (translator) atau pembantu bahasa tempatan (NLSS).

Tugas penterjemah baru atau lama adalah menyelesaikan terjemahan SMF 1.1.x. Manakala pembantu bahasa tempatan adalah mengaktifkan ruangan bahasa melayu ini dengan menggalakkan ahli2 melayu / malaysia ke sini terutama dengan mempamerkan / mempersembahkan laman masing2 di sini dan berbual / berbincang mengenainya.

Saya sangat berharap anda semua dapat memberikan sokongan agar ruangan ini dapat diaktifkan dengan sepenuhnya. Apabila sudah ada yang benar2 aktif dan bersedia mengambil alih tempat saya, saya akan melepaskan pos ini kepada mereka.

Saya harap mereka yang berminat dapat turut / terus mengepos pandangan mereka di sini.

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Hai... Saya masih meletakkan harapan yang tinggi dan sabar menunggu mereka yang berminat tampil ke hadapan untuk mengambil alih tempat saya di sini. Kalau boleh ada yang sudi meneruskan ruangan ini dan turut sama memberikan sumbangan di sini.

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Kalau ada yang berminat dilatih bagi membantu atau mengambil alih tempat saya di sini, sila suarakannya di sini atau mesej saya secara peribadi.

Advertisement: