News:

SMF 2.1.4 has been released! Take it for a spin! Read more.

Main Menu

Pek Bahasa Malaysia untuk SMF!

Started by waris, September 27, 2012, 01:35:54 PM

Previous topic - Next topic

waris

Salam Semua,

Di-mana saya boleh muat turun Pek Bahasa Malaysia untuk SMF?.

Where can I download a Malay Language Pack for use with SMF?

Saya di beri  pautan oleh ahrasis dan sa-orang lagi dan telah muat turun
language pack Bahasa Melayu untuk SMF.

Selepas di-muat naik ka forum SMF saya tetapi tidak dapat install kerana kandongan didalam
language pack saya muat turun tadi adalah kosong?


Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Salam waris.

Saya bukan lagi moderator untuk ruangan Bahasa Melayu ini tetapi saya boleh membantu awak.

Cara mudah untuk menambah bahasa ke dalam forum awak ialah:

Administration Center » Languages » Add Language

Dalam erti kata lain masuk ke dalam admin, pilih language, pilih add language.

Awak hanya perlu tekan butang search dan semua bahasa, termasuk bahasa Melayu (Malay) akan dipaparkan.

Klik install di sebelah kanan untuk menambahkan bahasa tersebut ke dalam forum awak. Seperti yang dinasihatkan, install kedua2 versi utf-8 dan yang biasa.

waris

Salam Ahrasis,

Saya sudah jumpa hala tuju dan arahan daripada Community forum SMF-language support.

Pemasangan language pack bahasa Melayu telah saya sempurnakan. Beres!

Terima kasih.

waris

Salam Semua,

Saya telah cuba semua jenis forum percuma dan berbayar daripada Joomla, Xoops, PhpBB3 dan macam-macam jenis lain oleh kerana hosting saya telah menyiapkan semua melalui Fantastico Deluxe.

Oleh demikian saya boleh install dengan satu klik dan batalkan dengan satu klik juga. Kepada saorang yang tidak mahir dengan html, xml, java, c, dll. kesemuanya susah hendak modifikasikan, banyak mod hendak sentiasa di beli bukan percuma dan susah hendak administerate forum.

SMF 2.02 adalah sesuatu program yang sangat mudah hendak di pasang dan di mengendalikan.
Semua MOD boleh di pasang melalu forum dan tidak payah mengguna Ftp hendak muat turun atau upload.

Banyak MOD yang mengindahkan forum dan banyak lagi MOD yang menyenangkan forum admin.

Yang mustahak SMF sangat murah hendak disiapkan.

Yang mustahak sekarang ialah berapa pengguna SMF berada di Malaysia untuk memajukan forum  ini.

Mereka hendak dijemput bagi meriahi forum ini.

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Waris,

Awak boleh buka topik baru untuk promote website awak.

Saya akan cuba adakan beberapa board baru untuk ruangan Bahasa Melayu ini kalau ramai yang aktif.

Buat masa ni, kebanyakan pengguna SMF daripada Malaysia sangat cekap dan pandai, justeru kurang merujuk dalam bahasa Melayu. Kebanyakan mereka akan mendapatkan support daripada ruangan biasa (support).

waris

Forum saya mengguna  PhpBB3. Saya hendak migrate forum saya ke SMF yang saya sedang menyediakan.

Pemulaan nya saya cuba gunakan converter phpBB -SMF tetapi tak berjaya. Oleh demikian saya terpaksa memindahkan
forum phppBB sedikit demi sedikit.

Ada ka cara yang lebih mudah?

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Ada banyak cara untuk memindahkan satu forum daripada satu software kepada yang lain. Apa yang awak perlu lihat ialah daripada versi mana ke versi mana.

Mungkin ada converter phpBB3 ke SMF. Tapi awak perlu tahu SMF versi mana yang dimaksudkan. Daripada apa yang saya nampak, converter sedia ada kebanyakannya adalah untuk SMF1.1. Ini awak perlu semak atau tanya sebelum guna. Kalau tidak, awak hanya akan membuang masa awak sahaja.

Awak juga perlu tahu, apa yang boleh diconvert dan apa yang belum boleh. Rujuk ruangan phpBB3 untuk maklumat lanjut di sini: http://www.simplemachines.org/community/index.php?topic=218449.0

Kebanyakan pengguna yang lebih bijak mahukan conversion penuh. Justeru, mereka akan cuba convert kepada software yang boleh membuat conversion penuh sebelum convert kepada SMF, jika perlu. Contoh: phpBB3 ke VB, VB ke SMF. Atau: phpBB3 ke phpBB2, phpBB2 ke SMF. Bagaimanapun, ini juga boleh mengundang kesilapan. Jadi, awak perlu bijak dalam pemilihan cara dan kaedah conversion.

Laman ini menyediakan kedua2 software conversion phpBB2 dan phpBB3 kepada SMF. http://download.simplemachines.org/?converters;software=phpbb

Pilih dengan bijak. Bertanya jika tidak pasti dan apabila perlu. Backup dengan lengkap dan sepenuhnya, sebelum memulakan sesuatu operasi conversion.

waris


Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail


Advertisement: