Pertunjukan Forum Pengguna SMF Malaysia / Melayu

Started by Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail, October 25, 2012, 01:07:22 AM

Previous topic - Next topic

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Salam buat semua.

Tajuk ini dibuka bagi menggalakkan semua pengguna SMF Malaysia / Melayu membuat pertunjukan forum masing-masing di sini.

Hanya perlu jawab pos ini dengan butiran dan makumat forum masing-masing.

Sila ikuti panduan ini semasa mengepos:
1. Tukar tajuk (subject) pos kepada nama forum anda.
2. Sertakan nama forum anda, url, sifat / tujuan forum anda dan jumlah ahli.
3. Nama dan alamat emel bagi menghubungi pemilik & webmaster forum.

Sekiranya tajuk ini mendapat sambutan, satu ruangan (papan) khas akan dibuka bagi memberikan laluan buat anda yang selama ini menyokong SMF dengan menggunakan perisian SMF. Tajuk pos anda pula akan  dipisahkan dan dijadikan tajuk individu dan berasingan.

Sekian, terima kasih.

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Biar saya mulakan perkongsian forum SMF di sini memandangkan walaupun dah lama pos ini dibuka dan ramai yang sudah membacanya, tiada yang mahu berkongsi laman forum SMF masing2.

Laman yang saya kongsikan ialah Anypost yang boleh diakses daripada http://anypost.qom.my. Laman ini menggunakan perisian SMF 2.0 yang terkini dengan tema ciptaan saya sendiri iaitu Face1.

Ia merupakan laman yang saya gunakan sebagai ujikaji hidup beberapa modifikasi yang saya cipta. Ia memudahkan saya mengesan sebarang kesalahan dan kesilapan pada modifikasi melalui laporan2 yang terhasil.

Ia sengaja dibiarkan agar ramai pengguna bebas mengepos dengan beberapa tapisan agar perkataan tertentu yang tidak elok, tidak dipaparkan dan digantikan dengan perkataan lain. Ciri ini adalah ciri asas SMF sendiri.

Saya ada lagi beberapa forum yang akan saya kongsikan dalam sedikit masa lagi.

Silakan menziarahi, mendaftar dan menulis pos anda pada laman ini. ;)

Advertisement: