Portal

Started by waris, December 06, 2012, 10:10:09 AM

Previous topic - Next topic

waris

Salam,

Jikalau saya reka portal mengguna html, macamana saya boleh rangkikan kepada forum SMF saya sebagai frontpage?

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Cipta laman tersebut sebagai index.html. Letakkan dalam root forum awak. Siap.

Untuk ubahan atau tambahan menu, edit dalam Subs.php. Untuk ubahan laman utama dalam linktree, buat ubahan dalam Load.php. Untuk tukar pautan home daripada laman index, edit index.template.php.

Boleh tanya lagi kalau tak faham atau tak pasti. ;)

Nota: Jangan tanda solve kecuali bila dah selesai. Saya batalkan tanda solve sehingga topik ini diselesaikan.

waris

Terima kasih,

Saya akan cuba.

Wassalam.

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Cara termudah guna portal mod atau mod yang boleh cipta page termasuk frontpage.

Cara yang mudah pada saya macam saya bagi pun boleh jer.

Cara advance SSI lah. Rasanya macam awak dah pernah tanya bab ini kan?

waris

Saya ada banyak forum.

Pada forum www.1BukitUtama.bumiweb.com saya telah mencuba PortaMx 'Frontpage" mengguna gambar dan article. Nampak elok. Tetapi hendak beri spacing kiri dan kanan [Format] untuk artikel-artikel dalam 2cm, macam mana nak buat?

Kalau awak daftar sekali lagi saya akan beri awak kuasa Administrator.
Saya mati akal kenapa satu daripada Category forum "will not display" bila menunjuk Papan-papan forum tetapi will display bila pergi ke-Admin>forum>Modify Board?

Boleh tolong tak?

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Setkan padding dalam blok yang berkenaan. PortaMX boleh...

Sebab awak tak buat board dalam kategori tu atau board awak tersembunyi?

Kalau perlu sahaja saya daftar, k?

waris

Salam,

Quote"Saya mati akal kenapa satu daripada Category forum "will not display" bila menunjuk Papan-papan forum tetapi will display bila pergi ke-Admin>forum>Modify Board?"

Perkara ini sudah diatasi.

Terima Kasih.

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Tahniah. Tak nak kongsi cara penyelesaiannya?

waris

Saya pun tak berapa faham macam mana.

Saya agak ia berkenaan dengan jumlah papan yang telah ditetapkan yang hendak di pamir pada tiap-tiap muka webpage!

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Ya. Sekurang2nya satu.

Advertisement: