Advertisement:

Author Topic: Salam Aidilfitri1435 Hijrah + Maaf Zahir Batin  (Read 4066 times)

Offline ahrasis

  • SMF Hero
  • ******
  • Posts: 4,921
  • Gender: Male
  • Busy mode is on.
    • ahrasis on GitHub
    • ahrasis on LinkedIn
    • ElkArte Malaysia
Salam Aidilfitri1435 Hijrah + Maaf Zahir Batin
« on: July 25, 2014, 07:08:05 AM »
Salam buat semua.

Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut semua umat Islam di seluruh dunia dalam kira2 tiga hari lagi, saya selaku penterjemah dan moderator ruangan Bahasa Melayu, ingin mengucapkan selamat kepada semua umat Islam yang menyambut perayaan ini.

Saya juga ingin memohon maaf zahir dan batin daripada semua yang mengenali diri ini; semoga dengan kita semua saling maaf-memaafi di antara satu sama lain kita semua akan dapat hidup dengan lebih aman dan bahagia.

Sementara kita yang senang dapat bergembira meraikan Aidilfitri pada tahun 1435 hijrah kali ini, hendaknya janganlah kita melupakan tentang nasib buruk saudara2 seagama kita yang sedang ditindas dan dizalimi di seluruh dunia terutamanya di Palestin, Mesir, Syiria, Jordan, Afrika dan sebagainya.

Sama2lah hendaknya kita membantu dengan memberikan apa juga bentuk pertolongan baik berbentuk kempen kesedaran, boikot, kewangan, perubatan, makanan  tenaga dan sebagainya.

Kirimkanlah juga bantuan rohani dengan solat hajat, bacaan Al-Quran, zikir, doa dan selawat semoga Allah SWT menyegerakan pertolonganNya, memberikan perlindunganNya, mengurniakan perlepasanNya atau kemenanganNya buat mereka semua.

Sekali lagi saya ucapkan Salam Aidilfitri 1435 Hijrah dan maaf zahir dan batin.

Yang ikhlas lagi benar,

Ahmad Rasyid bin Ismail
a.k.a. ahrasis / Abu Fahim