Macam mana hendak tukarkan template background colour?

Started by waris, October 10, 2012, 12:12:44 AM

Previous topic - Next topic

waris

Saya mengguna tema "rusty white"bagi orkidforum saya.

[1]  Macam mana hendak tukarkan template background daripada
warna >Grey< kepada warna yang lain?

Nb. kalau dalam css sila tunjukkan line nombor berapa?

Link:  www.bumimall.com/orchidforum/index.php

Awak kena daftar terlebih dahulu jika hendak melihat tema Rusty White.

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Awak kena mudahkan kerja saya kalau nak saya membantu. Kalau saya kena daftar semua forum yang saya diminta bantu, kan jenuh tu?

Tukar tema awak kepada tema yang berkenaan kalau awak betul2 nak saya bantu awak.

waris

Quote from: ahrasis on October 10, 2012, 03:35:04 AM
Awak kena mudahkan kerja saya kalau nak saya membantu. Kalau saya kena daftar semua forum yang saya diminta bantu, kan jenuh tu?

Tukar tema awak kepada tema yang berkenaan kalau awak betul2 nak saya bantu awak.

Saya tak faham kenapa SMF begini! Selepas tukar tema guest masih tidak boleh lihat tema yang diguna.

Saya sudah gunakan tema tersebut, tetapi hanya boleh melihat selepas login.

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Bukan salah SMF. Awak kena tetapkankan (setting) tema yang awak pilih dibahagian tema. Kalau awak tak pandai buat tetapan, awak hanya perlu tanya. Kalau awak hanya tahu kritik dan komplen, ia tak akan membantu awak. Team Member SMF pun akan abaikan pos awak kalau awak bertanya dalam gaya bahasa begitu.

Apa yang berlaku ialah kerana awak menukar tema pada profile awak iaitu secara peribadi atau awak menukar tema hanya untuk diri awak tanpa menetapkan ia sebagai tema asas keseluruhan forum.

Untuk membetulkan keadaan ini, mula2 awak kena login masuk sebagai Admin. Lepas tu awak kena masuk ke dalam ACP (admin control/confguration panel). Di bawah tab menu Configuration, awak pilih tab menu Manage and Install.

Kemudian perhatikan betul2 di bawah Themes and Layout, kemudian tetapkan tema mengikut langkah2 ini:

1. Themes that the user is able to select: (jangan tick yang ini bagi menghalang mana2 ahli pilih tema sendiri)

2. Overall forum default: (pilih tema yang awak kehendakki untuk forum awak)

3. Reset everyone to: (pilih Forum Default)

4. Save.

Sekali lagi, jangan salahkan perisian. Semak pengetahuan sendiri. Kalau tak pasti, sila bertanya dengan budi bahasa. Kalau hendak orang membantu, kita mesti bersedia membantu mereka membantu kita terlebih dahulu. Gunakan budi bahasa tinggi dalam dunia berforum atau bersosial yang lain.

waris

Salam ahrasis,

Jangan salah faham.

Saya betul-betul tidak tahu.

Terima kaseh.

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Say dah dapat tengok tema awak di laman tu. Yang saya boleh lihat, css berkenaan ialah:

body, td, th, tr {
    color: #999999;
}

Untuk pengetahun awak, selalunya kita akan nasihatkan supaya anda gunakan firefox dan gunakan add-on firebug untuk membuat penilaian kepada tema. Cuba gunakannya dan lihat betapa mudahnya untuk anda mengubahsuai sesuatu tema SMF atau mencipta tema anda sendiri. Selamat mencuba.

waris

OK! Saya cuba mengguna kan add-on tersebut.

Terima kasih.

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail

Bagus. Kalau ada apa2 masalah boleh tanya lagi di sini.

Hj Ahmad Rasyid Hj Ismail


waris


Advertisement: