Advertisement:

Author Topic: Mengubahsuai laman web mengguna SMF  (Read 3151 times)

Offline waris

  • Jr. Member
  • **
  • Posts: 220
  • Gender: Male
    • Wau Landing Portal
Mengubahsuai laman web mengguna SMF
« on: November 05, 2012, 12:22:00 AM »
Salam ahrasis,

forum.siapamoyanganda.com ada lah sebahagian daripada laman web saya "siapamoyanganda.com" yang telah wujud daripada  tahun 2006. "siapamoyanganda.com" ialah landing portal untuk salasilah saya.
forum.siapamoyanganda mengguna "php" dan siapamoyanganda.com mengguna static "html" web pages.

Saya sedang memikirkan cara menyatukan kedua-duanya sebagai satu laman web.

Saya sedang memikirkan cara meletak salasilah saya kedalam SMF saya "forum.siapamoyanganda.com" supaya semua yang hendak melihat salasilah tersebut hendaklah mendaftar diri telebih dahulu.

Salasilah tersebut tidak boleh dilihat melalui pencarian google, yahoo, Bing, baidu dan lain-lain search engine.
Semua pencarian akan ditujukan ke "borang pendaftaran" [login form] forum.siapamoyanganda.com terlebih dahulu.
.

Salasilah ini mengandung lebih-kurang 7000 individu yang beranak di Johor atau telah berkhawin dengan anak Johor termasuk kebanyakan orang-orang ternama yang mentadbir Negara Malaysia. Salasilah ini juga mengandung beribu gambar-gambar ID individu yang digemarkan oleh pelawat dan mencurinya untuk di guna di laman web, blog-blog mereka. Pelawat yang tidak terkawal setahun ialah lebih-kurang 600'000 Hits.

Securiti ada lah perkara yang saya hendak mengutamakan.

Wassalam,

Waris.

Offline ahrasis

  • SMF Hero
  • ******
  • Posts: 4,921
  • Gender: Male
  • Busy mode is on.
    • ahrasis on GitHub
    • ahrasis on LinkedIn
    • ElkArte Malaysia
Re: Mengubahsuai laman web mengguna SMF
« Reply #1 on: November 05, 2012, 06:55:21 AM »
Salam.

Sangat mudah nak gunakan SMF untuk tujuan tu. Pertama sekali, edit keizinan tamu (guest permission). Matikan kebenaran melihat laman melainkan setelah login. Ada 5 default permission yang kesemuanya boleh saudara matikan sahaja.

Kedua, baca dan gunakan kod di dalam wiki ini: How do I integrate SMF into my PHP coded website?

Kalau tak silap saya, ada sample dalam fail pemasangan (installation files) smf yang boleh saudara gunakan sebagai panduan.

Lain2 boleh tanya lagi. Semoga berjaya.